Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

172) STATUS LAPORAN TASK FORCE TANAH PEJABAT TANAH GALIAN BAGI KG MERBAU SEMPAK, KG KUBU GAJAH, KG PAYA JARAS HILIR DAN KG PAYA JARAS TENGAH

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah permohonan tanah yang terlibat di bawah task force tersebut ?

    Bahagian Task Force dan Penyelidikan di Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) terlibat dengan enam (6) lokasi permohonan tanah di Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling bagi tujuan bancian unit kediaman seperti yang telah ditetapkan berdasarkan keputusan MMKN ke 34/2014 bertarikh 3/9/2014. Enam

    (6) lokasi yang terlibat adalah seperti berikut:

     

    • Jalan Rahidin, Kg. Paya Jaras Hilir
    • Rentis TNB, Kg. Paya Jaras Hilir
    • Sg. Plong (Belakang Balai Polis Sg. Plong)
    • Merbau Sempak (Tapak 1)
    • Merbau Sempak (Tapak 2)
    • Merbau Sempak (Tapak 3)

     

    Bancian telah dijalankan selama 4 hari bermula dari 13 Oktober 2014 hingga 16 Oktober 2014 oleh PTGS dan Pejabat Tanah Daerah (PTD) Petaling.

     

    Penemuan awal bancian telah dimaklumkan kepada EXCO-MTES pada 13 November 2014 melalui Laporan Pemantauan Aset (Tanah) Negeri Selangor oleh Bahagian Taskforce dan Penyelidikan, PTGS.

     

    Laporan bancian yang lengkap dan disahkan oleh JKKK yang berkenaan telah diserahkan dan diterima oleh Pejabat DUN Paya Jaras dan Pejabat Tanah Daerah Petaling pada 5 Februari 2015.

     

    Selanjutnya, penyelarasan akan dilaksanakan oleh PTD Petaling bersama pejabat DUN Paya Jaras, JKKK yang berkenaan dan Jabatan Teknikal yang berkaitan untuk cadangan penyelesaian dan seterusnya akan diangkat untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Lampiran

Tiada Lampiran.