Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

72) STATUS LARANGAN BERCERAMAH DI MASJID DAN SAGUHATI KEPADA PENCERAMAH

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah larangan berceramah di masjid oleh YB-YB yang miliki tauliah mengajar di masjid dan surau masih lagi berkuatkuasa? Sejauh manakah surau masjid mematuhi larangan ini?

    Soalan ini dijawab bersekali dengan pertanyaan berhubung Isu Mengajar Atau Memberi Kuliah di Masjid dan Surau daripada Taman Medan. Selaras dengan arahan MAIS yang melarang penggunaan masjid sebagai gelanggang politik bertujuan untuk mengelakkan sebarang perpecahan, mengekalkan perpaduan ummah dan keharmonian ahli kariah, maka larangan ini telah dikeluarkan kepada semua masjid dan surau di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.