Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

114) STATUS LOT A DI KAMPUNG BUKIT CHERAKAH JAYA

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status tanah Lot A Kampung Bukit Cherakah Jaya?

    Dimaklumkan tanah yang dimaksudkan masih berstatus tanah kerajaan dengan keluasan lebih kurang 16 ekar. Tanah ini pernah diluluskan Lesen Menduduki Sementara kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi tujuan tapak semaian dan lesen tersebut telahpun tamat pada Disember 2007. Pada masa ini, sebahagian tapak seluas 2 ekar tanah telah diusahakan dengan tapak semaian oleh MBSA. Manakala, sebahagian lagi telah diusahakan dengan bangunan industri ringan seperti bengkel kereta dan kilang perabut serta bangunan lain seperti rumah kediaman, kedai makan, surau dan nurseri. Pentadbir Tanah Petaling telah menerima permohonan pemberimilikan berkelompok bagi tanah ini daripada para pengusaha yang terlibat. Satu lawatan tapak telah diadakan pada 9hb September 2020 bersama MBSA dan wakil pengusaha yang terlibat. Mesyuarat penyelarasan teknikal bersama jabatan dan agensi yang terlibat akan diadakan pada bulan November 2020 bagi meneliti sebelum permohonan pemberimilikan dapat dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Lampiran

Tiada Lampiran.