Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

150) STATUS MAJLIS DAERAH

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pihak berkuasa tempatan yang masih berstatus Majlis Daerah dan berapakah yang dalam perancangan untuk dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran?

    Empat (4) PBT yang masih berstatus daerah iaitu Majlis Daerah Kuala Selangor, Majlis Daerah Kuala Langat, Majlis Daerah Hulu Selangor, dan Majlis Daerah Sabak Bernam. Kerajaan Negeri masih dalam perancangan dan UPEN telah menerima tiga (3) permohonan untuk menaik taraf daripada Daerah kepada Perbandaran iaitu daripada PBT berikut:

    1. Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)
    2. Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)
    • Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)

    Selain itu juga, UPEN sedang meneliti dan menyelaraskan perkara ini untuk diangkat ke MMKN.

Lampiran

Tiada Lampiran.