Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

103) STATUS PARIT TANAH DI KAMPUNG TRADISI

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan dalam menaiktaraf parit dan saliran terutama di kampungkampung tradisi yang sudah semakin tidak sesuai digunakan?

    Untuk makluman, parit dan saliran dalaman di dalam kampung tradisi adalah di bawah penyeliaan Pejabat Daerah dan Tanah.
    MAKLUMAT TAMBAHAN:
    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran bertanggungjawab bagi kerja-kerja menaiktaraf sungai, anak-anak sungai yang menjadi sistem utama dan juga parit pertanian. Manakala parit perbandaran dan parit kampung bukan dibawah tanggungjawab JPS.

Lampiran

Tiada Lampiran.