Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

81) STATUS PELABURAN LUAR DAN DALAM NEGARA/RI

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini hasil pelaburan dari luar dan dalam negara yang telah dibangunkan sehingga kini berdasarkan kelulusan yang diumumkan dalam sidang Bajet 2019?

    Berdasarkan ucapan YAB Dato’ Menteri Besar sewaktu pembentangan Bajet 2019, YAB telah menyentuh berkenaan pembangunan hub aeroangkasa di Subang, Serendah dan KLIA Aeropolis di Sepang.

     

    Pada masa ini terdapat 2 syarikat yang telah membangunkan kilang di kawasan hub industri aeroangkasa di Serendah dan pihak Kerajaan Negeri menerusi Invest Selangor bekerjasama erat dengan pihak pemaju iaitu syarikat UMW bagi merealisasikan perancangan pembangunan High Value Manufacturing Park yang telah diluluskan di Serendah.

     

    Selain itu, pihak Kerajaan Negeri juga turut bekerjasama dengan MAHB bagi merealisasikan perancangan pembangunan mereka di Subang bagi menyediakan prasarana untuk kemudahan penggiat industri aero angkasa menempatkan operasi mereka di Subang. Pihak MAHB bekerjasama dengan sebuah syarikat pelabur asing bagi membangunkan kawasan seluas 60 ekar di Subang untuk pembangunan tersebut. Disamping itu juga terdapat beberapa pelaburan baru dalam industri aeroangkasa di Subang seperti Senior Aerospace dan beberapa syarikat lagi.

     

    Dalam usaha merancakkan pembangunan di KLIA Aeropolis di Sepang, pihak MAHB dalam usaha membangunkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ). Pembangunan DFTZ yang berkeluasan 24.9 ekar ini yang akan dikenali sebagai KLIA Aeropolis DFTZ Park bakal menjadi platform perdagangan dunia elektronik (eWTP) akan menyediakan kemudahan terminal kargo, pusat penyusunan, gudang dan pejabat operasi untuk kemudahan penggiat e-dagang untuk mengembangkan perniagaan menerusi DFTZ.

Lampiran

Tiada Lampiran.