Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

134) STATUS PELAKSANAAN PROJEK JALAN RENTAS KG HULU CHUCHOH KE KLIA, DAERAH SEPANG

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pelaksanaan Projek Jalan Rentas Kg Hulu Chuchoh Ke KLIA dan bilakah projek tersebut akan dilaksanakan?

    Projek membina Jalan Dari Kg. Ulu Chuchuh ke KLIA sedang dalam peringkat   akhir reka bentuk dan sedang dalam permohonan bagi proses pengambilan tanah. Jajaran projek ini menghubungkan Jalan FT5 di Kg. Ulu Chuchuh ke Jalan FT32 berdekatan KLIA, Sepang sepanjang 20 km. Skop projek ini melibatkan pembinaan jalan baru sepanjang 12 km dan menaiktaraf jalan sedia ada sepanjang 8 km kepada piawaian R5 saru lorong dua hala. Projek ini dijangka tender pada penghujung bulan Julai 2019 dan pembinaan dijangka akan bermula pada tahun 2020.

     

    Terdapat satu lagi cadangan jajaran jalan dari Kg. Ulu Chuchuh (B119) ke Jalan FT27 (KLIA) yang dicadangkan dengan jajaran jalan dianggarkan sepanjang 5.3km dan sedang di peringkat kajian di bawah tindakan Pejabat Daerah dan Tanah Sepang.

Lampiran

Tiada Lampiran.