Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

120) STATUS PEMADAM DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah PEMADAM di tubuh oleh kerajaan Negeri Selangor? Kalau tidak sila nyatakan taraf PEMADAM dan hubungannya dengan kerajaan Negeri Selangor.

    Tidak , PEMADAM  ialah nama PERSATUAN MENCEGAH DADAH MALAYSIA. Di tubuhkan oleh Majlis Anti Dadah PEMADAM Kebangsaan.  Penaungnya ialah YAB. Perdana Menteri Malaysia.

     

    Kegiatan bagi persatuan ini ialah di Negeri-negeri dalam Malaysia dan Wilayah Persekutuan  dalam Malaysia. Termasuklah Kerajaan Negeri Selangor. Penaung persatuan bagi Persatuan Negeri  ini ialah YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Negeri itu, mengikut mana yang berkenaan.

     

    Tujuan persatuan ini ialah :

     

    • Untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, agen-agen mereka dan lain-lain dalam usaha untuk menghapuskan pengeluaran dan perniagaan dadah yang menyalahi undang-undang dan penyalahgunaan dadah dalam apa-apa bentuk.

     

    • Untuk menghapuskan dan menjalankan penyelidikan mengenai penyalahgunaan dadah dan untuk memulihkan penagih-penagih dadah (JAGAAN LANJUTAN)

     

    • Untuk menyedarkan masyarakat akan masalah penyalahgunaan dadah dan penglibatan masyarakat dalam usaha untuk mencegah penyalahgunaan dadah dan untuk menggalakkan semangat sukarela di kalangan masyarakat dalam usaha itu; dan

     

    • Untuk melancarkan kegiatan-kegiatan Persatuan itu di peringkat negeri dan daerah dan memberikan galakan serta bekerjasama dengan persatuan-persatuan dan Badan-badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan persatuan itu.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.