Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

12) STATUS PEMBANGUNAN KOTA SERI LANGAT

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status pembangunan Kota Seri Langat di Sungai Sedu? i) Sila nyatakan anggaran kos pembinaan; ii) Keluasan tanah yang di ambil dan kos pembinaan yang terlibat; dan iii) Adakah Bangunan Baru Majlis Daerah Kuala Langat akan dibina oleh Kerajaan Negeri dan berpindah ke Kota Seri Langat.

    Status pembangunan Kota Seri Langat di Sungai Sedu:

    Pembangunan Kota Seri Langat di Sungai Sedu merupakan pembangunan pihak swasta yang melibatkan keseluruhan kawasan seluas lebih kurang 900 ekar. Proses tukar syarat bagi sebahagian tanah-tanah yang terlibat telah diluluskan pada tahun 2006 dan bayaran premium telah dijelaskan.

    Status terkini; PTD Kuala Langat tidak mempunyai maklumat bila pembangunan Kota Seri Langat akan dimulakan kerana ianya tertakluk kepada perancangan pemaju/ pemilik tanah

    i dan ii)

    Bangunan Pejabat berserta infrastruktur Kompleks Pentadbiran Daerah Kuala Langat yang telah menelan belanja pembinaan sebanyak RM30,929,032.00 melibatkan keluasan tanah 18.7 ekar di atas tanah milik I&P Seriemas Sdn Bhd yang akan diserahkan kepada kerajaan negeri sebagai sebahagian timbal balik (premium tukar syarat tanah)

    Kos pembinaan ini ditanggung sepenuhnya oleh Seriemas Development Sdn Bhd Pembinaan Kompleks PTD Kuala Langat ini telah siap dibina oleh SDSB dan telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri/PTD Kuala Langat pada 15 Jun 2007 dan mula beroperasi pada 14 April 2008.

    iii)        Pihak Majlis pernah memohon untuk menaik taraf MDKL kepada Majlis Perbandaran pada Mesyuarat MTES pada 4 Jun 2007

    Pihak Majlis telah merancang untuk membina sebuah pejabat baru. Cadangan lokasi adalah bersebelahan Dewan Seri Jugra dengan keluasan tapak 7 ekar. Anggaran kos pembinaan adalah RM20 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.