Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

82) STATUS PENGURUSAN TANAH PERKUBURAN KAMPUNG SUNGAI KELAMBU

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status dan perkembangan pengurusan tanah perkuburan Kampung Sungai Kelambu, Banting, Selangor?

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor  (MMKN) yang ke 24/2012 bertarikh  27 Jun 2012 telah menimbang dan bersetuju supaya Pejabat Daerah / Tanah Kuala Langat mewartakan tanah seluas lebih kurang 10.2 ekar di Lot 4469 Kg. Sungai Kelambu sebagai tapak perkuburan India.

     

    Dimaklumkan bahawa Pejabat Tanah Kuala Langat diminta untuk menguruskan pelantikan jawatankuasa menguruskan tapak perkuburan Hindu dan memaklumkan kepada Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai Pegawai Pengawal seperti yang diputuskan dalam mesyuarat MMKN Selangor ke 34/2012 bertarikh 19 September 2012.

     

    Sehubungan itu, Pejabat Tanah Kuala Langat telah pun mengiklankan notis tawaran menerusi Akhbar Harian Tamil iaitu Malaysia Nanban bertarikh 1 Oktober 2012 bagi menjemput jawatankuasa yang berminat untuk menguruskan tanah perkuburan Hindu Sg. Kelambu. Untuk makluman, pentadbiran ini telah menerima 5 permohonan dari jawatankuasa yang  berminat  dan  satu  sesi  temu duga telah diadakan pada 19 Februari 2013. Walau bagaimanapun, tiada keputusan dibuat berdasarkan sesi temu duga tersebut

     

    Pada tahun 2013, YB Ganabatirau a/l Veraman telah mengambil maklum berkenaan isu pengurusan ini dan YB Ganabatirau akan mengadakan sesi temu duga sekali lagi bagi memilih jawatankuasa tersebut. Sehingga kini, PTD Kuala Langat masih menunggu keputusan dari pihak YB.

     

    Nota: PTD Kuala Langat juga telah mengeluarkan kebenaran sementara menggunakan tapak perkuburan bagi penganut Kristian India (seluas lebih kurang 2 ekar) sehingga jawatankuasa dilantik oleh Kerajaan Negeri.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.