Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

203) STATUS PENYELENGGARAAN KERUNTUHAN JAMBATAN BERTINGKAT PERSIMPANGAN DI PUSAT SAINS SELANGOR 2, CYBERJAYA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status kerja - kerja penyelenggaraan yang dijalankan oleh PKNS untuk memperbaiki keruntuhan jambatan persimpangan bertingkat di Pusat Sains Selangor 2, Cyberjaya yang menghala ke Lebuh Raya Elit ?

    Status kerja-kerja pembaikan yang dijalankan oleh PKNS untuk memperbaiki jambatan bertingkat yang telah runtuh di persimpangan SSP2 Cyberjaya pada 28 Februari 2013.

    1) Kerja-kerja yang telah dijalankan selepas kejadian jambatan runtuh adalah pembersihan kawasan kejadian telah siap dilaksanakan pada 19 Mac 2013 meliputi:

    • Kerja-kerja mengeluarkan sisa struktur/bahan binaan
    • Mengalihkan sementara perkhidmatan sedia ada iaitu bekalan air, kerja-kerja elektrikal dan telekom agar tiada gangguan ke atas para pengguna
    • Menutup kawasan kejadian dari pihak umum dengan mendirikan
    • Menyediakan laluan lencongan trafik
    • Melantik perunding bebas bagi menyiasat punca kejadian secara bersama oleh PKNS dan PLUS dengan kerjasama pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia dan UPEN.

    Sehingga kini, perlantikan perunding adalah diperingkat akhir dan kerja-kerja dijangka bermula pada akhir Jun 2013 dengan tempoh siasatan selama 13 minggu. Hasil siasatan ini juga akan digunakan untuk mengkaji kestabilan keseluruhan struktur jambatan sediaada disamping membantu menentukan kaedah terbaik utuk pembinaan semula struktur jambatan baru. Pada masa yang sama, dokumen tender pembinaan jambatan baru turut disediakan dan dalam peringkat penyediaan deraf terakhir.

    Cadangan jadual perancangan kerja untuk membina semula jambatan yang runtuh di SSP2 Cyberjaya adalah seperti berikut:

    Bil Bulan Perkara
    1 Jun – Sep 2013 Siasatan, penemuan dan pembentangan oleh perunding bebas yang dilantik
    2 Okt 2013 Urusan panggilan tender
    3 Nov 2013 Kerja pembinaan dimulakan (tempoh pembinaan selama 8 bulan)

    Sementara itu, untuk kerja-kerja penyelenggaraan di tapak telah dijalankan untuk memastikan kawasan berkenaan selamat dan bersih.

Lampiran

Tiada Lampiran.