Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

196) Status Perbandaran Majlis Daerah Kuala Selangor

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Majlis Daerah Kuala Selangor akan dinaiktaraf menjadi perbandaran?

    Majlis Daerah Kuala Selangor telah mengemukakan Kertas Kerja Cadangan Menaiktaraf menjadi Perbandaran kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor pada 21 Januari 2020 .Kriteria-kriteria untuk perbandaran juga telah dipatuhi. Walau bagaiamanapun Majlis Daerah Kuala Selangor sedang menunggu keputusan dari Pihak Berkuasa Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.