Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

113) STATUS PERMATANG KUARZA GOMBAK SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status semasa pencalonan Permatang Kuartza Gombak Selangor di Kelang Gate sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO?

    Pada masa kini, Kerajaan Negeri Selangor sedang dalam penyediaan Laporan Dossier  yang merupakan salah satu keperluan untuk mengangkat Permatang Kuarza Gombak Selangor (PKGS) ke arah tapak warisan dunia. PKGS merupakan formasi batu Kuarza yang unik dan terpanjang dirantau Asia iaitu sepanjang 14km dan mempunyai lebar 50m hingga 200m dan tinggi 200m hingga 534m.

    Penyediaan Dossier ini berasaskan kepada proses penelitian Oustanding Universal Value (OUV) dan prinsip pengurusan. Seterusnya membentuk satu program yang terperinci bagi kerja-kerja penyelenggaraan, pengurusan, fungsi dan kegunaan serta isu-isu lain. Oleh itu, dokumen ini menjadi dokumen utama ke arah mengekalkan kawasan tersebut sebagai tapak warisan semulajadi demi warisan sejagat.

    Tapak Permatang Kuarza Gombak Selangor (PKGS) ini telah di senaraikan ke dalam Tentative list UNESCO pada Febuari 2017 untuk pencalonan sebagai Tapak Warisan Dunia. Dossier PKGS dijangka akan diangkat untuk pertimbangan Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO (WHC) pada tahun 2022. (N18 HULU KELANG)

Lampiran

Tiada Lampiran.