Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

243) STATUS PERMOHONAN GERAN PEMILIKAN TANAH RIZAB PENDUDUK DI KAWASAN TG. KARANG

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status bagi permohonan gran Hak Milik Tanah Rizeb di kawasan Jalan Bomba dan Sekitar jalan UKM kg. Sungai Kajang Mukim Tanjong Karang?

    Setelah disemak, didapati kawasan yang dimaksudkan tersebut berada di atas simpanan jalan (rizab jalan).

    Pejabat Tanah tidak memproses permohonan ini berdasarkan Arahan Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 1 Tahun 2012, arahan telah dikeluarkan bagi Pemberhentian Penjualan Pelan Bagi Tanah yang diperuntukkan sebagai Rizab Kerajaan. Berdasarkan perenggan 3(ii), sebarang permohonan pemberimilikan tanah dan lesen pendudukan sementara untuk tanah yang diperuntukkan sebagai tanah rizab Kerajaan tidak boleh diproses dan hendaklah ditolak terus menurut Kaedah 3(d) dan (e), Kaedah-Kaedah Tanah Selangor, 2003.

Lampiran

Tiada Lampiran.