Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

102) STATUS PERMOHONAN LALUAN ALTERNATIF 4/4 TAMAN WANGSA PERMAI KE JALAN INDUSTRI DESA AMAN (IDA)

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah UPEN (Seksyen PBT) telah mempertimbangkan dan meluluskan permohonan Bil (22) dlm.MPS.3/2-4591 dengan kos RM3,412,687.65 bagi mewujudkan laluan alternatif di kawasan tersebut?

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, permohonan menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri untuk pembinaan Laluan Alternatif 4/4 Taman Wangsa Permai ke Jalan Industri Desa Aman (IDA) tidak dapat dipertimbangkan kerana ia merupakan jalan yang baru hendak dibina. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri hanya menyalurkan peruntukan khusus bagi penyelenggaraan, menaik taraf dan lain-lain projek ke atas jalan sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.