Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

237) STATUS PERMOHONAN LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA OLEH TETUAN OCEAN KINGDOM SDN BHD

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah keputusan Kerajaan Negeri mengenai permohonan Ocean Kingdom Sdn Bhd memohon LPS dibawah Seksyen 67 Kanun Tanah Negara 1965 di tanah kerajaan di petak A Sungai Lima, Pulau Ketam, Kelang seluas 2,0968 meter persegi bagi tujuan penternakan ikan dalam sangkar?

    Pentadbir Tanah Klang telah meneliti permohonan dari Tetuan Marine Kingdom Sdn Bhd yang dikemukakan melalui Pejabat Menteri Besar dan mendapati kawasan yang dipohon merupakan Zon Ekologi Semulajadi. Pentadbir Tanah Klang juga tidak dapat memperoses permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) di kawasan tersebut memandangkan Pekeliling PTG Bil. 4/2015 tidak membenarkan sebarang bangunan atau struktur kekal didirikan di atas tapak LPS.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.