Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

44) STATUS PERMOHONAN TANAH

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status permohonan untuk mendapatkan geran peneroka tanah di Kampung Seri Tanjung, Dengkil.

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Bil. 18/2005 yang bersidang pada 23 Mac 2005 telah meluluskan permohonan pemberimilikan tanah seluas lebih kursus 33.58 hektar (83 ekar) di Kg. Sri Tanjong bagi tujuan bangunan kediaman dan perniagaan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan dikenakan syaratsyarat seperti berikut:-

     

    • Keutamaan jualan rumah hendaklah diberikan kepada 318 peserta Rancangan Pembesaran Kg. Dengkil yang akan ditentukan oleh Pejabat Tanah Daerah Sepang dan Y.B ADUN Dengkil. Senarai tersebut hendaklah diperakukan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan; dan

     

    • Bagi 14 peneroka yang telah menetap di atas tanah tetapi tidak dibanci semasa penyediaan senarai peneroka oleh Pejabat Tanah Daerah Sepang pada 14.07.2003, PKNS hendaklah menyediakan rumah-rumah teres kepada mereka secara percuma dengan keluasan tanah 1400k.p. dengan anggaran harga RM42,000.00 seunit.

     

    MMKN Bil.6/2008 yang telah bersidang pada 02 April 2008 telah bersetuju mengekalkan tanah di Kg. Sri Tanjong, Mukim Dengkil, Daerah Sepang  kepada PKNS. MMKN juga bersetuju peneroka yang mendiami tanah tersebut menyewa tanah tersebut daripada PKNS.

     

    Walau bagaimanapun, PKNS melalui surat mereka bertarikh 14 Ogos 2008 telah menolak pemberimilikan tanah ini. PTD Sepang telah memaklumkan tindakan penolakan tersebut kepada Pihak Berkuasa Negeri. Pihak Berkuasa Negeri meminta PKNS untuk menjelaskan penolakan tersebut kepada Mesyuarat MTES yang akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.