Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

96) STATUS PERMOHONAN TEBATAN BANJIR MERU DAN MENAIK TARAF JALAN DARI KLANG SENTRAL-PEKAN MERU-PEKAN KAPAR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status permohonan untuk projek tebatan banjir DUN Meru dan menaik taraf Jalan Meru dan Persiaran Hamzah Alang dari Klang Sentral ke Kapar?

    Permohonan Rancangan Tebatan Banjir Sg. Kapar Kecil dan Sg. Kapar Besar di Daerah Klang dan Petaling telah dimohon kepada Kerajaan Persekutuan di dalam permohonan RMK12 dengan kos sebanyak RM199 juta. Projek ini menjadi salah satu projek keutamaan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS) dan senarai keutamaan projek telah dibincangkan di dalam program libat urus  Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS)  bersama dengan Kerajaan Negeri pada 17 Februari 2020.

Lampiran

Tiada Lampiran.