Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

242) STATUS PREMIS PERNIAGAAN BESI BURUK DAN LUSUH TANPA KEBENARAN DI DUN MERU

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa kalikah notis dikeluarkan kepada pemilik juga kehadiran dalam perjumpaan pada bulan Mac 2015? Senaraikan.

    Notis Pemberitahuan bagi premis-premis besi buruk dan barang lusuh tanpa kebenaran di DUN Meru telah dikeluarkan pada 4 Februari 2015. Sebanyak 10 notis telah dikeluarkan iaitu sembilan (9) premis di luar zon industri dan sebuah premis di dalam zon industri. Kehadiran adalah seramai 10 orang pemilik tanah dan 7 orang pengusaha.

Lampiran

Tiada Lampiran.