Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

214) STATUS PROGRAM INISIATIF KEMAHIRAN TEKNIKAL DAN IKHTISAS SMART SELANGOR (IKTISASS)

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status dan jumlah penglibatan di dalam Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) dan apakah ukuran kejayaan program ini?

    Status dan jumlah penglibatan di dalam Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) dan ukuran kejayaan program ini.

     

    1. Sehingga kini, Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan program pengajian dan latihan dengan memberi tumpuan kepada bidang-bidang yang diperlukan oleh pihak industri di tujuh institut latihan di Negeri Selangor yang merangkumi lima bidang utama iaitu life sciences, food and beverages Manufacturing, electrical and electronics, transport equipment dan machinery and equipment.

     

    1. Antara program yang dilaksanakan untuk kategori Belia Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) program latihan kemahiran dengan kerjasama pihak industri bagi meningkatkan nilai tambah (value-added) kepada pekerja lepasan SPM, agar dapat menceburi bidang teknikal sesuai dengan perancangan tenaga kerja mahir dengan syarikat yang terlibat. Selain itu, bagi menyokong jumlah bakat yang mencukupi untuk peralihan industri di Selangor ke arah aplikasi Smart Factory dan Smart Manufacturing selaras dengan cabaran Industri 4.0. Program Internship High Impact Talent (i-HIT) dilaksanakan yang melibatkan graduan dalam bidang

     

    1. Selain itu, melalui kerjasama dengan Strand Aesrospace Malaysia, program yang telah dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kualiti graduan dalam aspek keyakinan dan kemahiran bertindak bagi persediaan bekerja dalam industri berimpak tinggi yang seiring dengan revolusi industri 4.0. Pada penghujung latihan peserta yang terbaik akan diberi peluang untuk di temu duga bersama industri aerospace dan syarikat

     

    1. Jumlah penyertaan sehingga Oktober 2018 ialah seramai 1211 orang dan ukuran kejayaan Program IKTISASS ialah memastikan 80 peratus pelajar atau pelatih yang menjalani latihan akan mendapat penempatan pekerjaan atau menyambung pengajian atau latihan ke peringkat lebih

     

Lampiran

Tiada Lampiran.