Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

103) STATUS PROGRAM INISIATIF PEDULI RAKYAT (IPR)

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan program-program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang masih berjalan dan yang dihentikan dan apakah sebab pemberhentian tersebut?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk memberhentikan atau membatalkan Program-program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang telah lama dilaksanakan sejak tahun 2008 (yang dahulu dikenali sebagai Program Merakyatkan Ekonomi Selangor – MES) serta telah memberi banyak manfaat kepada seluruh rakyat di Selangor tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Malah, Kerajaan Negeri kini sedang giat membuat penelitian terhadap semua program IPR untuk diberi tambah dan ditambah baik dari hanya pemberian bantuan semata-mata kepada program empowerment agar penerima IPR mampu berdikari dan mengurangkan sikap kebergantungan terhadap Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.