Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

276) Status Program Pemutihan Kilang Haram

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kilang haram yang dikenalpasti masih beroperasi di Selangor?

    Jumlah kilang tanpa kebenaran (kilang haram) di Selangor secara keseluruhannya adalah 5589 buah kilang yang meliputi 4285 lot tanah sehingga September 2020. Walau bagaimanapun, bancian masih lagi dijalankan sehingga tamat Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran iaitu pada 31 Disember 2020.

Lampiran

Tiada Lampiran.