Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

115) STATUS PROJEK MENAIK TARAF SISTEM LONGKANG DI PERSIARAN HAMZAH ALANG OLEH JPS

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah kerja menaik taraf longkang oleh JPS Klang dari Taman Sri Puteri Meru di Persiaran Hamzah Alang, Meru ke Pekan Meru dapat disiapkan dan apakah halangan yang menyebabkan kerja menaik taraf ini berjalan dengan perlahan?

    Kerja-kerja menaiktaraf longkang dari Taman Puteri Meru ke Pekan Meru merupakan salah satu skop projek bagi Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Saliran di Pekan Meru, Daerah Klang dan dijangka siap pada 30 November 2020. Projek ini mengalami kelambatan disebabkan proses pengalihan utiliti dan pemindahan setinggan di jajaran longkang yang baru. Pengalihan utiliti yang terlibat adalah seperti berikut:

    i) Pengalihan kabel TNB (Low voltage (LV) dan High Voltage (HV))
    ii) Pengalihan tiang Telekom
    iiii) Pengalihan kabel DIGI

Lampiran

Tiada Lampiran.