Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

106) STATUS PROJEK PEMBANGUNAN SEMULA FLAT PKNS TAMAN KERAMAT

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status projek pembangunan semula Flat PKNS Taman Keramat, Hulu Kelang?

    Cadangan untuk membangunkan semula Flat PKNS Taman Keramat, Hulu Kelang yang mula dihuni sejak tahun 1974 dan mempunyai sejumlah 688 unit kediaman tersebut telah diusahakan PKNS sejak lebih 10 tahun lalu dengan pelbagai inisiatif dan strategi.

    Namun, pelaksanaan projek ini kerap menemui jalan buntu terutamanya apabila menyentuh isu pakej pampasan setimpal kepada pemilik sedia ada. Selain itu, persetujuan penuh dari pemilik sedia ada juga perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum sebarang pembangunan semula dapat dilaksanakan dan ini juga merupakan antara cabaran utama dalam pelaksanaan projek.

    Terkini, setelah PKNS tidak lagi melanjutkan tempoh MOU untuk kajian lanjut pembangunan semula Flat PKNS Taman Keramat bersama syarikat Hyper Jati Resources Sdn. Bhd. pada 26 Januari 2017, beberapa syarikat pemaju swasta telah mengemukakan minat mereka untuk mengemukakan cadangan pembangunan semula di atas tapak ini namun sehingga kini PKNS masih belum menerima sebarang maklumbalas.

Lampiran

Tiada Lampiran.