Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

53) STATUS PROJEK PENAIKTARAFAN KUNCI AIR NO. 51 KE PINTU AIR AUTOMATIK DI JALAN PAPAN PANDAMARAN

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah projek penaiktarafan kunci air No. 51 di Jalan Papan Pandamaran ke pintu air otomatik akan dimulakan dan dijangka siap?

    Untuk makluman, projek penaiktarafan Kunci Air No.5 di Jalan Papan Pandamaran ke pintu air automatik telah di iklan pada 15 Februari 2018 dan tutup pada 15 Mac 2018. Pada masa ini, projek masih di bawah proses penilaian dan seterusnya akan dibentang kepada lembaga perolehan. Projek dijangka akan ditawarkan kepada pentender pada bulan Mei 2018. Tempoh projek adalah selama 12 bulan.

     

    MAKLUMAT TAMBAHAN

    Skop kerja yang akan dilaksanakan adalah  menaiktaraf  screwdown  gate  (saiz 6’ x 6’) kepada roller gate (saiz 12’ x 14’) dan kerja-kerja berkaitan dengan anggaran kos RM3 juta dan beroperasi secara automatik berdasarkan paras air.

Lampiran

Tiada Lampiran.