STATUS PROJEK RUMAH SELANGORKU, TAMAN UKAY INDAH, SUNGAI SERING

65) STATUS PROJEK RUMAH SELANGORKU, TAMAN UKAY INDAH, SUNGAI SERING

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek rumah Selangorku, Taman Ukay Indah, Sungai Sering selepas majlis pecah tanah yang diadakan pada 22 Februari 2014?

    Untuk makluman Yang Berhormat, status terkini projek Rumah Selangorku Taman Ukay Indah Sungai Sering adalah memfokuskan kepada pembangunan Sistem Bekalan Air Bersepadu (IWSS) Fasa 1B yang mana melibatkan lapan

    (8) pemaju yang berkongsi kos untuk membina sistem bekalan air tersebut. Projek Rumah Selangorku Taman Ukay Indah Sungai Sering merupakan penyumbang kos terbesar iaitu lebih RM10 juta bagi menampung pembinaan IWSS Fasa 1B yang keseluruhan kos dianggarkan melebihi RM20 juta. Walaupun kerja-kerja pembinaan Rumah Selangorku masih tertangguh sehingga kini disebabkan terdapatnya tuntutan daripada pemaju asal tapak tersebut di mahkamah, namun kerja-kerja pembinaan IWSS Fasa 1B tetap diteruskan memandangkan ianya memberi kesan kepada penduduk-penduduk di beberapa projek di Ukay Indah yang masih tidak dapat memiliki Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) penuh akibat kegagalan pemaju-pemaju menyediakan sistem bekalan air secara tetap hampir 10 tahun. Di samping itu juga, proses pengambilan balik tanah bagi tujuan laluan keluar masuk juga telah pun dimulakan yang mana proses pendengaran bantahan telah pun diadakan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Gombak.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.