Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

273) STATUS PROJEK RUMAH TERBENGKALAI DAN PENUBUHAN JMB PANGSAPURI DI DUN MERU

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah yang telah dimajukan semula dan siap?

    1. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sentiasa berusaha mengatasi masalah projek terbengkalai di Selangor walaupun bidang kuasa Kerajaan Negeri hanya terhad kepada tindakan secara pentadbiran sahaja dan kuasa ini terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Melalui pemantauan yang dijalankan oleh LPHS didapati sebanyak 10 projek dikenal pasti terbengkalai melibatkan 398 unit rumah dalam kawasan DUN Meru. Walau bagaimanapun, 7 projek dalam perancangan untuk pemulihan dan telah mengadakan perbincangan melalui Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT) bersama agensi dan pihak berkaitan. Setakat ini, terdapat sebanyak 3 projek yang sedang dimajukan dan dipulihkan seperti berikut :

     

     

     

    BIL

     

    PROJEK

     

    PEMAJU

     

    UNIT

     

    STATUS

     

     

     

     

    1.

     

    Projek Perumahan Taman Sri Kencana, GM 3850 Lot 2757,

    Jalan Dusun, Meru, Mukim Kapar, Daerah Klang

    Tetuan Hyrax Property & Dev. Sdn. Bhd. (Nama Lama)

    Tetuan Binalif Bina Sdn. Bhd.

    (Nama Baru)

     

    Pemaju Penyelamat : Tetuan Faktor Aktif Sdn. Bhd.

     

     

     

    35 Unit

    (80%

    siap)

     

     

    Sedang dalam mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Teknikal di Majlis Perbandaran Klang

     

     

     

     

     

    2.

     

    Projek Perumahan Taman Meru Ria 2, Di Atas GM 3928 Lot 3750,

    Jalan Belimbing, Meru, Mukim Kapar, Daerah Klang

     

    Tetuan Binalif Bina Sdn. Bhd.

    (Nama Baru)

     

     

    Pemaju Penyelamat : Tetuan Ajma Resources Sdn. Bhd.

     

     

     

    38 Unit

    (80%

    siap)

     

    Kerja-kerja pemulihan sedang berjalan dengan perlahan

     

     

     

    3.

    Projek Perumahan Taman Meru Putra Di Atas Hakmilik Asal GM363, Lot 1860, Jalan Limau, Meru, Mukim Klang, Daerah Klang  

    Pemaju Asal : Tetuan URC Land Sdn. Bhd.

     

    Pemaju Penyelamat : Tetuan Bina Impian Development Sdn.

    Bhd.

     

     

    25 Unit

    (20%

    siap)

    Pemaju penyelamat sedang mendapatkan kelulusan semula bagi Kebenaran Merancang.

Lampiran

Tiada Lampiran.