Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

121) STATUS RANCANGAN TAPAK PERKUBURAN BERSEPADU

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah status Rancangan Tapak Perkuburan Bersepadu yang dicadangkan bertempat di Daerah Sepang.

    Secara khususnya terdapat dua(2) tapak perkuburan wilayah bersepadu telah dikenal pasti di dalam Daerah Sepang iaitu:-

     

    Lot 3366, Mukim Labu, Daerah Sepang – 40.47 hektar (100 ekar)

     

    Lot 5758, Mukim Sepang, Daerah Sepang – 45 hektar (110 ekar)

     

    Pihak Berkuasa Negeri telah menimbang cadangan pengambilan tanah bagi kedua-dua tapak tersebut.

     

    Mesyuarat Teknikal Perancangan Tanah Perkuburan Wilayah Bersepadu di Negeri Selangor Bil. 2/2013 pada 24 Julai 2013 telah membincangkan aspek teknikal dan keperluan bagi kedua-dua lot tersebut iaitu lot 3366 dan lot 5758.

     

    Hasil dari mesyuarat tersebut, bagi lot 3366 merujuk JMG berdasarkan lawatan tapak pada 8 Julai 2013, penemuan JMG adalah seperti berikut:

     

     

    1. Tapak merupakan kawasan lembah dan semasa musim hujan kawasan akan mengalami

     

    1. Tapak merupakan tanah gambut yang mempunyai paras air tanah yang tinggi terutama pada musim

     

    • Ketebalan tanah gambut adalah hampir 2

     

    1. Kedudukan jalan yang bersebelahan adalah lebih tinggi dari

     

    JMG berpendapat tapak perkuburan ini boleh dipertimbangkan dengan syarat langkah kejuruteraan khusus perlu diambil antaranya pembinaan sistem saliran yang sempurna, pembuangan lapisan tanah gambut dan penambakan tanah. Dianggarkan tambahan perlu dibuat sedalam 2 meter di tapak tersebut.

     

    Justeru itu, mesyuarat berpendapat lot 3366 dikeluarkan dari cadangan tapak PWB kerana keadaan tanah yang tidak sesuai. Lot 3366 akan digantikan dan dipindah ke tapak lot 5758 dengan peluasan tambahan seluas 100 hektar.

     

    Sehingga kini pihak Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) akan membuat penilaian harga tanah di lot 5758 tersebut dan seterusnya proses pengambilan tanah akan dijalankan.

Lampiran

Tiada Lampiran.