Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

147) STATUS STADIUM SHAH ALAM SEBAGAI HOME GROUND PASUKAN BOLASEPAK SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Penjelasan terperinci mengapa pasukan bolasepak Negeri Selangor tidak dapat beraksi di Stadium Shah Alam yang selama ini menjadi Òhome groundÓ kepada pasukan Selangor dan para peminatnya serta pelan tindakan untuk meningkatkan pencapaian sukan-sukan terpilih neger

    Selangor FA dan PKNS FC adalah merupakan wakil Negeri Selangor di dalam Liga Bolasepak Malaysia. Kedua-dua pasukan ini perlu mendapatkan sebuah stadium untuk dijadikan stadium utama pasukan masing-masing.

    Oleh yang demikian, kedua-dua pasukan telah memohon untuk menjadikan stadium Shah Alam sebagai stadium utama mereka dan telah berhubung dengan pengurusan stadium Shah Alam. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan stadium Shah Alam telah bersetuju untuk membenarkan PKNS FC menyewa stadium tersebut.

    Maka dengan itu, pasukan Selangor FA terpaksa mencari stadium lain dan bersetuju menjadikan stadium Majlis Perbandaran Selayang sebagai venue utama.

Lampiran

Tiada Lampiran.