Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

192) STATUS SYARIKAT ALAM FLORA SDN BHD

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini Syarikat Alam Flora Sdn Bhd sebagai kontraktor induk dalam kerja-kerja kutipan sampah dan pembersihan kawasan di kebanyakan tempat di Negeri Selangor.

    Kerajaan Negeri masih lagi menggunakan khidmat Alam Flora Sdn Bhd (AFSB) sebagai kontraktor induk bagi kerja-kerja pengutipan sampah dan pembersihan awam di seluruh PBT Selangor. Kerajaan Negeri berpandangan bahawa AFSB masih mampu memberikan khidmat yang memuaskan dan prestasi kerja oleh AFSB sentiasa dipantau dan sesi perbincangan sering diadakan bagi memastikan kualiti kerja dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.