Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

76) STATUS TANAH

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sudahkah Pengarah Tanah dan Galian Selangor mempertimbangkan rayuan pemohon untuk menukar tempoh pajakan tanah PN8623 Lot 49365 Mukim Petaling yang telah disatukan dengan PM130 Lot 37563 Mukim Damansara?

    Permohonan penyatuan tanah dan melanjutkan tempoh pajakan tanah bagi hakmilik PN8623 Lot 49365 dan PM130 Lot 37563 Mukim Damansara telah pun diluluskan dan telah disahkan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Ke 20/2018 pada 11 Julai 2018. Pemohon telah mengemukakan rayuan pengurangan premium dan rayuan tersebut telah pun diluluskan melalui pengurangan tempoh pajakan. Pembayaran premium telah dijelaskan oleh pemohon pada 17 September 2019. Namun pembayaran cukai tanah pertama masih belum dijelaskan oleh pemohon.

Lampiran

Tiada Lampiran.