Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

226) STATUS TANAH DI BUKIT JUGRA

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan pihak berkuasa tempatan tentang pencerobohan dan penyalahgunaan status tanah di Bukit Jugra?

    Berdasarkan semakan Pejabat Daerah/ Tanah Kuala Langat mendapati tanah tersebut adalah berstatus tanah hakmilik dan tiada kategori khusus kegunaan tanah serta syarat nyata tanah. Pemantauan lanjut mendapati tuan tanah telah menjalankan kerja-kerja tanah tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Negeri dan pentadbiran ini telah mengeluarkan Notis Mengenai Siasatan di bawah Seksyen 27 Kanun Tanah Negara bertarikh 12 Julai 2019. Sekiranya pentadbiran ini mendapati terdapat pelanggaran syarat tanah, tindakan lanjut akan dikenakan di bawah Seksyen 128 atau Seksyen 129 Kanun Tanah Negara.

Lampiran

Tiada Lampiran.