Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

56) STATUS TANAH IWK YANG TERBIAR SELEPAS LOJI RAWATAN KUMBAHAN DINYAHAKTIFKAN

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan tanah ataupun kawasan loji rawatan kumbahan yang telah dinyahaktifkan (decommissioned) di bawah Kerajaan Negeri Selangor dan masih tidak digunakan untuk apa-apa tujuan lain.

    Untuk makluman YAB Dato’ Menteri Besar, ringkasan keseluruhan status tanah yang telah dinyahaktifkan (decommissioned) di Negeri Selangor adalah seperti di bawah;

    Bil STATUS TANAH TAPAK
    A Tanah Kerajaan (Negeri) 46
    B Tanah Milik – Individu/Syarikat 25
    C Tanah Milik – Pihak Berkuasa Tempatan 2
    D Tanah Milik – Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 2
    E Tanah Milik – Agensi Kerajaan 0
    F Tanah Rizab – Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 105
    G Tanah Rizab – Setiausaha Kerajaan 7
    JUMLAH 187

    Berdasarkan maklumat tersebut hanya terdapat sebanyak 55 tapak loji pembetungan yang telah dinyahaktifkan (decommissioned) di bawah Kerajaan Negeri Selangor dan senarai lengkap seperti di Lampiran.