Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

57) STATUS TANAH KUIL SITTHI VINAYAGAR BANDAR SAUJANA PUTRA JENJAROM

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan permohonan sebidang tanah di Lot 26141 (PT24389) seluas 0.637 ekar di SP8, Bandar Saujana Putra Jenjarom oleh Persatuan penganut-penganut Hindu Sri Sitthi Vinayagar Bandar Saujana Putra Jenjarom Yang telah dihantar ke Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Langat? Fail nombor F8/1/441/2015.

    Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat telah mengemukakan kertas ringkasan permohonan di atas kepada Ahli Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam pada 13 September 2015. Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Selangor Bil. 9/2015 yang diadakan pada 29 September 2015 telah menyokong permohonan untuk mewartakan tanah di Lot 26141 (PT24389) bagi maksud Tapak Rumah Ibadat Bukan Islam (Kuil). Selaras dengan keputusan tersebut, Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat akan mengemukakan Kertas Ringkasan berhubung permohonan ini untuk pertimbangan Y.A.B. Menteri Besar Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.