Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

161) STATUS TANAH TAPAK KLINIK DESA KG BUDIMAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah masalah hingga binaan baru gagal dibina semula?

    1. Masalah yang wujud sehingga binaan baru gagal dibina semula adalah seperti berikut:

     

    Klinik ini telah pun dirobohkan pada 18 Disember 2013 melalui surat kelulusan no. rujukan bil.(23) JKR/(FB)/070.030/12 bertarikh 11 November 2013. Pihak JKR Selangor (Bahagian Senggara Persekutuan Negeri) telah mengklasifikasikan tahap keselamatan bangunan adalah tidak selamat diduduki dan perlu dirobohkan.

    Pihak PKD Klang telah membuat permohonan pembinaan baru klinik Desa 2G dalam Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK-11).

    Pihak PKD Klang juga dalam proses permohonan pemeriksaan tahap kesesuaian tanah untuk pembinaan klinik ke JKR (Bangunan) Daerah Klang.

Lampiran

Tiada Lampiran.