Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

115) STATUS TAPAK PEMINDAHAN BARU PENIAGA SUSUR UKAY PERDANA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pertanyaan mulut saya tentang perkara di atas telah dijawab secara bertulis sebagai: ÒKerajaan Negeri, PTD Gombak dan pihak MPAJ tidak pernah berjanji untuk menyediakan penempatan baru peniaga.Ó Manakala semakan saya terhadap hansard Dewan Negeri Selangor, 9 Nov 2017, ms 19 merujuk kepada pengggulungan Dato Menteri Besar adalah seperti berikut : ÒÉ saya telah pun menyatakan kepada Pegawai Daerah Gombak untuk segera mengenal pasti satu tapak baru bagi memindahkan peniaga tersebut di tapak yang sesuai bagi aktiviti perniagaan mereka. Ini jaminan yang diberikan Kerajaan Negeri dan Pegawai Daerah Gombak telah pun memulakan usaha ini dan mereka telah pun berbincang dengan pihak MPAJ tentang kaedah yang akan dibangunkan ada kemungkinan MPAJ akan membangunan bangunan-bangunan perniagaan dan kemudiannya kita sewakan kepada peniaga-peniaga dalam kadar yang amat minimum.Ó Apakah status sebenar tapak pemindahan baru buat peniaga-peniaga susur Ukay Perdana?

    Status terkini tapak pemindahan baru buat peniaga-peniaga susur Ukay Perdana adalah seperti berikut:

     

    1. Permohonan pewartaan tapak gerai tersebut telah pun diluluskan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 19 September 2019 dan kini dalam proses penyediaan Pelan Akui oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Selangor (JUPEM Selangor).
    2. Siar warta perizaban tapak ini akan dibuat setelah PDT Gombak menerima Pelan Akui bagi tapak berkenaan daripada pihak JUPEM Selangor.
    3. Pihak MPAJ boleh membina gerai dan seterusnya menyewakan kepada peniaga-peniaga terbabit setelah siar warta dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.