Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

85) STATUS TERKINI DASAR TANPA BEG PLASTIK

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini dasar tanpa beg plastik di Selangor dan berapakah jumlah wang yang telah dikutip dan dimanakah ia telah dibelanjakan?

    Berdasarkan Keputusan MMKN Bil. 21/2016, Kerajaan Negeri Selangor  telah bersetuju untuk melaksanakan Kempen Bebas Plastik dan Polistirena pada setiap hari bermula 1 Januari 2017. Sehingga kini, Kempen ini masih diteruskan dengan kerjasama semua PBT Negeri Selangor. Kerajaan Negeri juga akan menjalankan satu kajian bagi mengkaji keberkesanan kadar caj RM0.20 sen dan langkahlangkah bagi menambahbaik pelaksanaan Kempen ini.

    Selain itu, dengan peralihan Kerajaan Persekutuan yang baru, Kerajaan Negeri turut menyokong hasrat dan akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam melaksanakan Kempen Sekatan Penggunaan Beg Plastik di seluruh negara pada tahun 2019.

    Bagi jumlah kutipan caj RM0.20 sen pula, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna telah menjalankan kutipan data caj RM0.20 sen daripada peniaga-peniaga dan premis makanan di Negeri Selangor. Namun begitu, tidak semua peniaga memberikan data sepertimana yang dipohon. Butiran data kutipan caj RM0.20 sen bagi tahun 2017 dan 2018 yang telah diperolehi adalah seperti jadual berikut:

     

    KATEGORI PERNIAGAAN JUMLAH KUTIPAN (RM)
    2017

    (Januari – Disember)

    2018 (Januari – Julai)
    Pasaraya 9,335,444.40 4,218,635.60
    Premis Makanan 1,497,271.20 527,960.80

    Bagi menjawab pertanyaan berhubung penyaluran kutipan wang tersebut, Kerajaan Negeri menggalakkan pihak peniaga untuk melaksanakan program Corporate Social Responsibility (CSR) ke arah pemuliharaan alam sekitar serta pembersihan sungai dan pantai. Sebagai contoh, AEON Co Malaysia Sdn Bhd telah menggunakan hasil kutipan caj RM0.20 sen berjumlah RM200,000.00 bagi melaksanakan Program Penanaman Pokok Untuk Pembiakan Kelip-Kelip di Kampung Kuantan, Kuala Selangor yang telah dilaksanakan pada 3 Ogos 2018.  Selain itu, pada tahun 2017 Pasaraya 99Speedmart telah menyumbangkan sejumlah RM500,000.00 kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan RM500,000.00 kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) bagi melaksanakan Program Pembersihan Sungai Klang.

    Di samping itu, peniaga-peniaga lain juga turut mengambil inisiatif dan pendekatan yang hampir sama untuk memulihara alam sekitar serta menyalurkan bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan dengan menggunakan hasil kutipan caj RM0.20 sen tersebut. Butiran inisiatif dan aktiviti CSR yang telah diterima daripada pihak peniaga bagi tahun 2017 adalah seperti di Lampiran A dan bagi tahun 2018 adalah seperti di Lampiran B.

    LAMPIRAN A

      LAPORAN PELAKSANAAN “CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY” (CSR) TAHUN 2017

     

    BIL PASARAYA   AKTIVITI CSR

     

    1. AEON CO (M) BHD

     

    i. Projek Penghutanan  dan Pemuliharaan Orang Utan Di Utara Ulu

    Segama, Lahad Datu, Sabah dengan kerjasama WWF-Malaysia dan

    Jabatan Perhutanan Sabah – RM300,000.00

        ii. Aktiviti mendidik pelanggan mengenai kelestarian alam
        iii. Menghasilkan bag guna semula dengan kerjasama agensi koperasi antarabangsa Jepun (JICA)
        iv. Program konservasi di Pulau Bidong, Terengganu
        v. Program membersihkan pantai di Pantai Batu Burok, Terengganu
        vi. Tanaman landskap di Silibin, Ipoh, Perak
        vii. Program menanam pokok di Bidor, Perak untuk tujuan penghutanan semula
        viii. Aktiviti untuk mengurangkan penggunaan beg plastik di kalangan pelanggan di Perak
        ix. Aktiviti-aktiviti yang menyokong Hari Kemerdekaan, Hari Menuai dan Minggu Perpaduan Malaysia di Selangor
        x. Menghasilkan beg guna semula sempena Hari Alam Sekitar Malaysia di Melaka dan Kelantan
        xi.

     

    Penanaman pokok di sekitar pintu gerbang Lembah Sireh di Kota Baharu, Kelantan – RM200,000.00.
    2 GCH RETAIL (MALAYSIA) S/B i. CSR Recycle Beg – RM873,319.00
        ii.

     

    Giant Love My School – RM45,893.00
    3 THE STORE

     

    i. Kempen kebajikan untuk rumah anak-anak yatim, ruman orang tua dan pertubuhan-pertubuhan kebajikan
        ii. Bekerjasama dalam merancang program kebajikan berterusan bersama

     

    LAPORAN PELAKSANAAN “CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY” (CSR) TAHUN 2017

     

    BIL PASARAYA   AKTIVITI CSR

     

          yayasan budi penyayang, mykasih dan sebagainya
        iii. Menjalankan aktiviti tahunan majlis berbuka puasa dibeberapa cawangan the store sempena sambutan hari raya
        iv.

     

    Menghulurkan bantuan hamper, barangan keperluan harian kepada beberapa pertubuhan & yayasan kebajikan masyarakat. juga turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan bersama pertubuhan yang terpilih.
    4 ECONMART SUPERMARKET

     

    i.

     

    Pemberian sumbangan berbentuk keperluan harian di rumah anak yatim di Kuala Selangor.
    5 ECONSAVE CASH & CARRY S/B

     

    ii. Pemberian sumbangan berbentuk keperluan harian di rumah anak yatim semasa perayaan pada tarikh yang akan ditentukan kemudian
        iii. Sumbangan voucher Econsave atau barang keperluan kepada keluarga miskin, mangsa kemalangan dan kebakaran.

     

    6 TF VALUE MART

     

    i.

     

    Pemberian sumbangan berbentuk keperluan harian di rumah anak yatim di Kuala Selangor.
    7 SEGI CASH & CARRY S/B

     

    i. Pengedaran ‘recycle bag’ berjumlah 3,000 unit secara percuma untuk setiap pembukaan cawangan baru pasar raya segi – RM234,000.00
       

     

    ii. Sumbangan barangan makanan/minuman kepada Selangor Youth Raja Muda Selangor – RM10,000.00
       

     

    iii. Program Bantuan dan Ziarah Ramadhan 2017 oleh Selangor Youth Community – RM8,000.00
       

     

    iv. Sumbangan berbentuk makanan segara kepada Kechara Soup Kitchen setiap bulan – RM27,000.00
        v. Sumbangan sambutan Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM5,000.00 kepada: –          Surau Nurul Sham, Jalan Kebun

     

    LAPORAN PELAKSANAAN “CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY” (CSR) TAHUN 2017

     

    BIL PASARAYA   AKTIVITI CSR

     

          –       Masjid Almuttaqin Permatang Pasir, Banting

    –       Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, Kanchong Darat

    –       Rumah Kebajikan Cahaya Kasih, Kg Melayu Subang

    –       SAY – Segifresh Funrdrising Dinner – RM234,000.00

     

    8 PASARAYA BORONG MATAHARI i. Sumbangan kepada Grace Assembly of God – RM1,000.00
        ii. Program Agihan Bubur Lambuk & Agihan Bantuan Ramadhan Asnaf – RM1,000.00
        iii. Menjayakan aktiviti Persatuan Penduduk PJS 2 Taman Dato Harun – RM1,000.00
        iv. Persatuan Kebajikan Charity Merit KL & Selangor – RM15,000.00
        v. The KL Selangor Che Huan Khor Moral Uplifting Society RM3,000.00

     

    9 CHEKERS HYPERMARKET S/B i. Sumbangan mangsa banjir (Julai 2017) – RM2,544.00
        ii. Sumbangan Rumah Kebajikan Warga Tua – RM33,764.41

     

    10 TWO PLY i.

     

    Tajaan Barangan kepada SMKJ (C) Pin Hua – RM306.00
    BIL PREMIS MAKANAN   AKTIVITI CSR

     

    1. BURGER KING MALAYSIA i. Sumbangan Bunga sempena Hari Ibu
        ii. Sumbangan makanan sempena Majlis Berbuka Puasa di Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim Teratak Nur Barakah
        iii. Sumbangan Chinese Movie Shooting (Best Story Product Placement)
        iv. Sumbangan kepada Sekinchan Tourism Development Association
        v. Sumbangan kepada Persatuan Penuntut-Penuntut Tua Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Pin Hua Klang.

     

    LAMPIRAN B                                                                                                                                            

      LAPORAN PELAKSANAAN “CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY” (CSR) TAHUN 2018

     

    BIL PASARAYA   AKTIVITI CSR

     

    1 AEON CO (M) BHD

     

    i. Program Penanaman Pokok untuk pembiakan kelip-kelip di Kampung Kuantan, Kuala Selangor pada bulan Ogos 2018 – RM200,000.00
        ii.

     

    Program akan datang:

    –       Pembersihan pantai bersama komuniti setempat di Pantai Remis, Kuala Selangor – RM160,000.00

    –       Program penanaman pokok di kawasan Shah Alam – RM200,000.00

     

    2 ECONSAVE CASH & CARRY S/B

     

    i. Sumbangan baucar Econsave kepada keluarga miskin sempena Tahun Baru Cina.

     

     

    3 SEGI CASH & CARRY S/B

     

    i. Pengedaran beg kitar semula berjumlah 3,000 unit secara percuma untuk setiap pembukaan cawangan baru pasaraya Segi – RM46,800.00

     

     

    4 CS BROTHERS SDN BHD i.

     

    Mengedarkan 50,000 unit beg kitar semula percuma kepada pelanggan untuk menggalakkan pengunaan beg plastik.

     

    5 CHERKERS HYPERMARKET S/B i. Sumbangan makanan bagi program Food 4 You oleh UKM Bangi – RM773.80
        ii. Majlis Bandaraya Shah Alam – RM 395.98
        iii. Majlis Jalinan Aidilfitri Balai BOmba Seksyen 15 Shah Alam _RM600.63
        iv. Program Khidmat Masyarakat – Jelajah Prihatin MBSA tahun 2018 – RM1,568.64

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.