Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

3) STATUS TERKINI ISU BANJIR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Minta Dato' Menteri Besar memperincikan senarai projek-projek tebatan banjir di Kajang dan nyatakan status terkini berserta agensi-agensi yang terlibat

    • PENDAHULUAN

     

    • Pada 29 September 2014, Bandar Kajang sekali lagi mengalami banjir kilat menelenggami jalan raya serta beberapa premis perniagaan dan Pasar Besar Kajang sehingga mencecah sedalam 0.3 meter. Ia merupakan kejadian kali kedua yang berlaku selepas kejadian banjir kilat yang terburuk pada tahun

     

    • ISU DAN MASALAH

     

    • Antara faktor kejadian banjir ini berlaku adalah disebabkan kuantiti air hujan yang lebat mencapai sehingga 63 mm dalam tempoh dua jam. Halangan sampah serta rintangan kayu balak dan kebel letrik yang menyekat aliran air juga menjadikan air di dalam saluran melimpah keluar. Selain itu, kewujudanutiliti sediaada di jambatan JKR yang agak rendah aras parasnya dibina melintasi saluran sistem Sungai Jeluh juga menyebabkan air tidak mengalir deras serta melimpahi keluar secara mendadak ke kawasan yang rendah. Di samping itu, pembangunan yang sedang rancak di bahagian hulu juga  menyumbang kepada pertambahan kuantiti air larian.

     

    • Manakala kejadian banjir kilat yang berlaku pada 3 Disember 2011 adalah lebih serius sehingga hampir menenggelami Bandar Kajang termasuk Bangunan Plaza Metro mencapai pada paras 1.5 meter. Kejadian banjir berlaku pada masa itu berpunca daripada hujan sangat lebat dan luar biasa sehingga melebihi 80 mm. Pada masa itu, keadaan pembetung KTMB yang masih belum dinaiktaraf kepada 4 buah menghalang laluan air terus ke Sungai Langat. Manakala paras ketinggian jambatan yang rendah juga menyumbang kejadian tersebut, Selain itu, lengkungan S di saluran Sungai Jeluh di belakang Plaza Metro memperlahankan laluan air untuk mengalir terus ke Sungai Langat serta meningkatkan mendakan pasir.
    • KESAN BANJIR

    Kesan daripada banjir tersebut menyebabkan keadaan lalulintas terganggu dan berlaku kesesakan yang teruk. Penduduk yang terlibat mengalami kerugian yang besar dan trauma dengan kejadian tersebut. Namun begitu, kejadian yang berlaku pada 29 September 2014 tidak menenggelami dan memasuki keseluruhan premis dan pasar besar yang terlibat memandangkan sebahagian tapak binaannya lebih tinggi daripada jalan sediada. Walau bagaimana pun banjir kilat ini surut dalam tempoh yang singkat.

    • TINDAKAN JABATAN
    • Pihak Jabatan telah siap melaksanakan beberapa projek sejak tahun 2009, antaranya :-
      • Pembinaan saluran keluar selari dengan jajaran KTMB – RM0.2 juta
      • Melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sg. Jeluh Fasa 1 melibatkan pembinaan L-shape dan flap gates – RM7.0 juta
      • Pembaikan tebing L Shape – RM0.03juta
      • Membina floodwall di Kg. Sekolah – RM0.1juta
      • Menaiktaraf jambatan Pembinaan jambatan berhampiran Pasar Besar Kajang – 25juta
      • Kerja-kerja selenggara dan penebasan secara berkala dan adhock– RM0.02 juta

     

    • Tindakan segera dan pelan jangka sederhana yang akan dan perlu diambil oleh Jabatan sehingga kini adalah seperti berikut :-

     

    • Membaikpulih dan Penstabilan Tebing sungai Jeluh, Di Pekan Kajang Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat Selangor Darul Ehsan.

    No.Tender : JPS/N/SEL/SG/10/2015 (CP) (Telah diluluskan oleh Pihak YB Setiausaha Kerajaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Caruman Parit peringkat Negeri.

     

    • Kerja membaiki dan membaikpulih struktur L Shape Sg. Jeluh – anggaran RM1.5 juta (Telah diluluskan oleh Pihak YB Setiausaha Kerajaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Caruman Parit peringkat Negeri pada 27 Oktober 2014) melibatkan pembaikan lengkungan S dalam saluran L-shape.

     

    • Kerja pembersihan dan pembaikan flap gate selepas banjir – RM0.04

     

    • Tindakan pelan jangka panjang yang sedang dan akan diambil oleh Jabatan adalah melalui Kajian Saliran Bandar Kajang yang mensyorkan pembinaan dan menaiktaraf kolam takungan sediaada di dalam kawasan Penjara Kajang seluas 2.2

     

    • PENUTUP

     

    • Masalah kejadian banjir kilat di Bandar Kajang perlu diatasi segera memandangkan bandar ini menjadi laluan utama menghubungkan antara Bandar Kuala Lumpur dan Seremban. Semua agensi Kerajaan dan swasta perlu bekerjasama dalam menyelesaikan masalah ini termasuk merancang dan mengawal dengan teliti pembangunan di dalam kawasan tadahan Sungai

Lampiran

Tiada Lampiran.