Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

179) N SISA KE DALAM LONGKANG TAJUK

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan tindakan untuk masalah pembuangan sampah dan makanan ke dalam longkang yang semakin berleluasa dan merosakkan infrastruktur, selain keperluan lesen contohnya memasang perangkap gris

    Semua pengusaha premis makanan di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) wajib menyediakan perangkap minyak sebagai syarat kelulusan lesen perniagaan bagi mengelakkan pembuangan sisa terus ke longkang. Tindakan tersebut adalah selaras dengan Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan 2007 dan Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Bil. 1 Tahun 2018 – Garis Panduan Pemasangan Perangkap Minyak Di Premis Makanan Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Selain daripada itu, PBT juga boleh menjalankan tindakan penguatkuasaan kompaun di bawah peruntukan Seksyen 47, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) iaitu meletakkan debu atas jalan dan sebagainya. Pada masa kini PBT juga menjalankan pemantauan secara berkala terhadap pengusaha-pengusaha restoran khususnya melalui pemeriksaan dan penggredan premis makanan bersama Pejabat Kesihatan Daerah.

Lampiran

Tiada Lampiran.