Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

212) STATUS TERKINI KEWANGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini kedudukan kewangan Negeri Selangor?

    Saya ingin menjawab soalan yang dikemukakan daripada YB Sijangkang (soalan 212) dan YB Subang Jaya (soalan 268) yang bertanyakan soalan yang sama berkaitan status kewangan terkini Kerajaan Negeri Selangor.  Seterusnya YB Sijangkang (soalan 212), YB Sungai Panjang (soalan 219) dan YB Rawang (soalan 273)  bertanyakan kesan Pandemik Covid-19 ke atas prestasi kewangan Kerajaan Negeri. Manakala YB Bukit Gasing (soalan 262) pula bertanyakan tentang unjuran defisit tahun 2020 mengambilkira kesan ini. Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri sehingga 30 Jun 2020 merekodkan angka sebanyak RM2,832.28 Juta yang terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan sebanyak RM929.08 Juta manakala Akaun Amanah Disatukan pula adalah sebanyak RM1,903.20 Juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.