Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

120) STATUS TERKINI PERBELANJAAN DAN PROGRAM-PROGRAM INISIATIF PEDULI RAKYAT (IPR)

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri akan mengkaji semula serta menambah baik program-program yang sedia ada?

    Kerajaan Negeri akan sentiasa dari semasa ke semasa membuat tambah baik terhadap nilai dan keberkesanan terhadap program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) sedia ada untuk memastikan kebajikan rakyat di Selangor akan terus dipelihara dan hasil negeri dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Penyelarasan program-program di bawah Kerajaan Negeri juga akan dilaksanakan dengan program di bawah Kerajaan Persekutuan agar dapat dielakkan pertindihan di dalam menetapkan sasaran, objektif, tujuan, matlamat dan bentuk program yang sama.

    Program-program yang akan ditambahbaik ini akan meliputi dengan program- program pengupayaan seperti pembangunan insan dan pendidikan supaya rakyat di Selangor mampu untuk meneruskan kelangsungan hidup tanpa kebergantungan terhadap bantuan Kerajaan Negeri sahaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.