Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

272) STATUS TERKINI TENTANG MASALAH PEMINDAHAN PENGHUNI-PENGHUNI DI JALAN PAPAN DAN JALAN BUKIT KERAYONG

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini tentang masalah pemindahan penghuni-penghuni di Jalan Papan dan Jalan Bukit Kerayong, Pandamaran?

    Berikut merupakan status tentang masalah pemindahan penghuni-penghuni di Jalan Papan dan Jalan Bukit Kerayong, Pandamaran:-

    Perkara ini telah dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Tetap (Standco) Kehidupan Bandar Negeri Selangor 3/2014 bertarikh 27hb Oktober 2014. Selaras dengan keputusan Mesyuarat Standco Kehidupan Bandar, adalah seperti berikut:

     

    • Seramai 181 penama setinggan Jalan Papan yang wajar ditawarkan penempatan rumah kos sederhana dengan harga tawaran RM 99,000.00.
    • Seramai 7 penama setinggan Jalan Bukit Kerayong dipertimbangkan untuk ditawarkan penempatan rumah kos sederhana dengan harga tawaran RM 99,000.00.
    • Sejumlah 35 keluarga yang masih mempunyai struktur di tapak (Jalan Papan dan Jalan Bukit Kerayong) di tawarkan rumah kos sederhana dengan harga
    • Senarai nama ini akan diperakukan dalam Mesyuarat Exco-MTES.

     

    1. MPK telah menerima suratdaripada Lembaga Perumahan Harta Selangor pada 20.01.2015beserta senarai 181 penama peneroka bandar di Jalan Papan yang telah dibanci dan diperakui oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap (Standco) Perumahan, PengurusanBangunan dan Kehidupan Bandar Negeri

     

    • Senarainama tersebut telah dikemukakan kepada pemaju iaitu Tetuan Melati Ehsan Consolidated Sdn. Bhd. pada 30 Januari 2015 untuk pengesahan perakuan 181 penama peneroka bandar dan prosestawaran pembelian rumah mengikut harga seperti yang ditetapkan oleh MMKN BIL. 25/2011 bertarikh 20 Julai

     

    1. Pada masa yang sama, pihak Majlis sedang menyediakan kertas ringkasan bagi memperakukan 181 penama peneroka bandar yang layak ditawarkan untuk dibentang kepada Mesyuarat Exco-MTES.

    Walau bagaimanapun, pihak Majlis telah menerima maklumbalas daripada pihak pemaju Tetuan Melati Ehsan Consolidated Sdn. Bhd. pada 18 Mac 2015, memaklumkan tidak bersetuju dengan senarai bancian semula setinggan Jalan Papan kerana jumlah keluarga induk yang berbeza dengan bancian asal tahun

     

    1. Sekiranya pemaju menolak senarai 181 penama, maka perkaraini akan dirujuk semula kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap (Standco) Perumahan, Pengurusan Bangunandan Kehidupan Bandar bagi mengambil tindakan dan membuat keputusan

     

    • Disertakan maklumat tambahan mengenai kronologi perkara

     

Lampiran

Tiada Lampiran.