Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

177) STATUS TERKINI TENTANG MASALAH PEMINDAHAN PENGHUNI-PENGHUNI DI JALAN PAPAN DAN JALAN BUKIT KERAYONG

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pemaju telah melalui suratnya kepada MPK bertarikh 1 Mac 2015 menolak senarai 181 penama penghuni Jalan Papan yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri sebagai wajar menerima tawaran, maka mengakibatkan perkara ini tersangkut. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi keadaan 'deadlock' ini?

    Lanjutan maklumbalas daripada pihak pemaju, Tetuan Melati Ehsan Consolidated Sdn. Bhd. di mana pihaknya tidak bersetuju menerima senarai 181 penama penduduk setinggan Jalan Papan, tindakan Majlis Perbandaran Klang adalah seperti berikut:-

     

    • Pihak Majlis telah membawa perkara ini dan dibentang di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 23 April 2015, Kertas EXCO-MTES No. 5/10/2015 dan keputusan Mesyuarat EXCO-MTES Bil. 10/2015 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Bil. 15/2015 pada 29.4.2015 telah memutuskan keputusan seperti berikut :-

     

    • Pemaju diminta menerima seramai 181 penama seperti mana yang telah dibanci di tapak pada 14.06.2014 sebagai penama yang perlu ditawarkan rumah harga sederhana merujuk keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Bil. 25/2011 pada 20.7.2011.

     

    1. Majlis Perbandaran Klang diminta menyemak dan mengenalpasti status seramai 117 penama setinggan Jalan Papan yang mengambil injuksi Mahkamah yang telah diberi notis untuk mengosongkan tapak sebelum ini, termasuk tambahan 55 penama yang tidak mendiami tapak pada masa kini dan tidak tersenarai di dalam 181 penama asal yang dibanci oleh Majlis Perbandaran Klang turut perlu disemak semula.

     

    • Status bagi penama-penama tersebut perlu dibincangkan semula di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kehidupan Bandar, Negeri Selangor sebelum dibentangkan ke Mesyuarat EXCO – MTES bagi tujuan pengesahan dan arahan

     

    • Surat makluman berhubung keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Bil. 15/2015 pada 29.4.2015 telah disampaikan kepada pihak pemaju Tetuan Melati Ehsan Consolidated Sdn Bhd pada 30 Jun 2015. Walau bagaimanapun sehingga kini pihak Majlis masih belum menerima sebarang maklumbalas terbaru daripada pihak

     

    1. Pihak Majlis telah membuat permohonan secara rasmi kepada Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia pada 02.06.2015, bagi mendapatkan maklumat terkini (alamat/status terkini) terhadap 55 penama peneroka bandar yang mengambil injuksi Mahkamah sama ada mereka adalah peneroka tetap Jalan Papan dan kini sedang dianalisa oleh pihak

     

    • Pihak Majlis Perbandaran Klang akan merujuk perkara ini semula kepada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Standco Kehidupan Bandar Negeri Selangor yang akan datang berhubung tindakan susulan ke atas

Lampiran

Tiada Lampiran.