Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

60) STESEN BAS AWAM BESTARI JAYA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Stesen Bas Awam Bestari Jaya dalam keadaan terbiar seperti tandas-tandas yang tidak berfungsi begitu lama dan ketiadaan tempat berteduh bagi penumpang- penumpang yang menunggu bas. Siapakah pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan pengendalian stesen bas tersebut?

    Pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan pengendalian stesen bas di Bestari Jaya ialah Majlis Daerah Kuala Selangor. Dalam hal ini, pihak Majlis Daerah Kuala Selangor dari masa ke semasa ada mengambil tindakan bagi menyelenggara kawasan tersebut.

    Terdapat dua ruang menunggu bas di stesen bas tersebut yang boleh menempatkan seramai 70 orang penumpang dalam satu masa.

    Pihak Majlis juga telah membuat pembaikan di tempat menunggu tersebut seperti pembaikan lampu, longkang dan mengecat semula strukturnya.

    Manakala bagi tandas awam yang terdapat di tempat tersebut, ianya telah diperbaiki dan berfungsi dengan sempurna. Kerja-kerja pembaikan tersebut telah dilaksanakan pada 5 Mei 2014.

Lampiran

Tiada Lampiran.