Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

76) STESEN BAS BISTARI JAYA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Stesyen bas ini tidak mempunyai tempat berteduh bagi kemudahan awam. Apakah rancangan PBT untuk mengatasi masalah ini?

    Stesen bas Bestari Jaya pada asalnya mempunyai 2 lokasi tempat untuk penumpang berteduh. Walaubagaimanapun pada bulan September 2015 yang lalu salah satu daripada pondok bas tersebut di langgar oleh bas dan menyebabkan satu roboh.

     

    Pengunjung masih lagi mempunyai tempat untuk berteduh di satu lagi lokasi untuk tempat menunggu bas yang berhampiran dengan tandas awam dan gerai (kiosk).

     

    Pihak Majlis akan membina membina semula tempat yang roboh mengikut keperluan dan kemampuan kewangan Majlis pada masa akan datang serta akan memasukkan dalam perancangan kerja akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.