Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

76) STESEN BAS

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bolehkah saya mohon Kerajaan Negeri untuk membina stesyen bas bagi membantu penduduk mendapatkan khidmat pengangkutan awam yang lebih selesa dan jimat di Puncak Alam?

    Permohonan bagi membina kemudahan pengangkutan awam seperti stesen bas boleh dikemukakan sekiranya mempunyai cadangan lokasi dan tapak yang sesuai serta status tanah yang perlu dijelaskan terlebih dahulu.

     

    Walaubagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat penyediaan stesen bas atau terminal ini memerlukan kos yang tinggi dan peruntukan Kerajaan Negeri Selangor adalah terhad bagi pelaksanaan projek-projek pembangunan yang lebih penting perlu diutamakan. Oleh yang demikian, pembinaan stesen ini juga tertakluk kepada kemampuan kewangan atau peruntukan yang diperolehi daripada kerajaan pusat.

Lampiran

Tiada Lampiran.