Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

66) STESEN ECRL DI JENJAROM

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek ECRL di Kuala Langat dan Selangor?

    Jawapan bagi Sub Soalan A dan B:

    Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang merupakan projek Kerajaan Persekutuan dijangka akan melalui sebahagian kawasan di dalam Negeri Selangor. Projek ECRL sepanjang 640 kilometer dan dibahagikan kepada tiga (3) seksyen iaitu Seksyen A bagi jajaran bermula di Kota Bharu, Kelantan ke Dungun, Seksyen B bagi jajaran Dungun, Terengganu ke Mentakab, Pahang dan Seksyen C bagi jajaran dari Mentakab – Nilai – Pelabuhan Klang di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, setakat 25 Jun 2020, jajaran ECRL yang melibatkan Negeri Selangor iaitu Seksyen C masih belum dimuktamadkan sepenuhnya, manakala kedudukan stesen ECRL di Negeri Selangor telah dicadangkan di lokasi yang lebih strategik selain daripada Jenjarom iaitu berhampiran Rimbayu / Cheeding dan Pelabuhan Barat (West Port) untuk pertimbangan Kerajaan Persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.