Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

133) STRATEGI MEMBASMI KEMISKINAN DI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah strategi membasmi kemiskinan rakyat kerajaan yang boleh dimanfaatkan oleh ADN?

    Pada masa kini, fokus dan tumpuan Kerajaan Negeri adalah untuk membasmi kemiskinan secara total dan efektif. Strategi utama pembasmian kemiskinan di bawah Jawatankuasa Tetap Kemiskinan memfokuskan kepada program-program ke arah mentransformasikan masyarakat miskin tegar dan miskin kepada masyarakat yang berupaya menjana pendapatan yang mencukupi bagi menanggung kos hidup serta seterusnya berupaya membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan. Dengan adanya pelbagai program pembasmian kemiskinan ini, ianya diharap berupaya mengurangkan kadar kemiskinan melalui penjanaan/ peningkatan pendapatan bagi melepasi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) serta seterusnya berjaya keluar daripada belenggu

    Justeru itu, selaku agen kepada Kerajaan Negeri, pihak Ahli-ahli Dewan Negeri (ADN) perlu memainkan peranan penting serta bertindak secara proaktif dalam membuat hebahan dan makluman kepada rakyat berhubung pelaksanaan program-program bantuan yang disediakan. Ini bagi membolehkan setiap manfaat yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri dapat dinikmati oleh golongan sasaran secara saksama tanpa mengira gender, etnik dan latar belakang. Secara tidak langsung, ianya akan memberi impak positif terhadap kesejahteraan rakyat Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.