Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

74) STRATEGI MENANGANI PENGANGGURAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Strategi terperinci untuk menangani peningkatan pengangguran graduan terutama berijazah agar Selangor mempunyai kadar pengangguran khususnya di kalangan anak muda paling rendah di Malaysia

    Ketidaktentuan ekonomi pada masa kini secara keseluruhannya telah memberi kesan sosio-ekonomi kepada rakyat. Kebimbangan terhadap kadar pengangguran adalah berdasarkan sektor-sektor utama seperti pembuatan yang terjejas dengan senario ini. Menyedari impak ekonomi yang mungkin membawa kepada peningkatan kadar pengangguran di Negeri Selangor, Kerajaan atas dasar keprihatinan kepada rakyat mengambil langkah mempersiapkan rakyat dan mengupayakan rakyat kepada program keusahawanan yang secara tidak langsung mencipta peluang-peluang baru kepada rakyat menerusi langkah-langkah berikut :

     

    1. Memperkasa Pelbagai Program Bantuan Perniagaan Bagi Membantu Usahawan Baru dan Melonjakkan Usahawan Sedia Ada Ke Tahap Yang Lebih Tinggi;

    Kerajaan telah memperkasakan pelaksanaan Skim Mikrokredit Negeri Selangor (SkimSel) dan Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) di bawah satu program bersepadu iaitu Program Hijrah.

    Kerajaan terus memperkasa insentif kepada usahawan muda dengan meningkatkan bantuan daripada RM10,000 kepada RM30,000 bagi setiap permohonan di bawah dana Usahawan Mikro Selangor.

    1. Meningkatkan Keupayaan Rakyat Selangor Kepada Pekerja Berkemahiran Tinggi (skilled worker) melalui Pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui jalinan kerjasama dengan universiti dan kolej tempatan serta pemain industri; dan

    Kerajaan turut menyediakan peluang untuk melanjutkan pengajian melalui penajaan pendidikan/ latihan Program Kemahiran Teknikal melalui INPENS International College. Program Kemahiran Teknikal ini

    merupakan salah satu program bantuan secara tahunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui INPENS International College sejak tahun 2008. Ianya bertujuan bagi memberi peluang kepada golongan generasi muda yang tercicir di dalam pelajaran serta daripada keluarga yang berpendapatan seisi rumah sebulan sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah untuk melanjutkan pengajian di dalam Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

    Selain itu, di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, dan Pembangunan Modal Insan telah melaksanakan Program Internship Pembangunan Bakat dengan kerjasama Selangor Human Resource Development (SHRDC) seperti berikut :

    • YES (Youth Enhancement Strategy)

    Program ini mensasarkan belia dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak berjaya ke Institut Pengajian Tinggi (IPT); dan

    • UNISEL, INPENS dan KUIS Internship high impact Talent (i-HIT)

    Program ini memfokuskan pelajar UNISEL dan KUIS sebagai latihan tambahan kepada subjek niche yang diperlukan industri. Pelajar akan dipilih oleh industri dan seterusnya akan mendapat tawaran pekerjaan secara langsung. Kumpulan sasar ialah pelajar ijazah bagi kursus kejuruteraan, teknologi komunikasi dan Infomasi dan Sains-Bio.

    • Meningkatkan Keupayaan   Rakyat    Luar    Bandar    Melalui Program Pembangunan

    Kerajaan turut menggerakkan usaha membantu golongan berpendapatan rendah dan pertengahan di luar bandar melalui Program Pembangunan Usahawan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama dua (2) institusi pendidikan  iaitu INPENS International College, Kuala Selangor dan Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU) di Kuala Kubu Baru. Program ini mensasarkan golongan belia dan beliawanis desa, ibu tunggal dan suri rumah serta peniaga kecil-kecilan di desa.

    1. Meningkatkan program-program    kerjaya   sebagai   medium golongan siswazah bertemu pemain industri.

    Program Kerjaya / Jom Kerja berbentuk Karnival telah diadakan di semua daerah di Negeri Selangor dengan mengadakan temuduga

     

    terbuka (walk in interview) oleh syarikat-syarikat yang memerlukan pekerja. Kejayaan program ini telah melibatkan seramai 9,939 pemohon yang telah hadir untuk sesi temu duga terbuka bermula tahun 2009.

     

    Kerajaan telah mengadakan kerjasama dengan Invest Selangor bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dengan mengadakan program promosi (pengiklanan melalui local and international magazine seperti Foreign Direct Investment, in flight magazine, mengadakan lawatan ke luar negara bersama Malaysian Investment Development Authority – MIDA dan menyertai pameran perdagangan bertujuan  menarik pelabur dari dalam dan luar negara.

     

    1. Kerjasama dengan Kumpulan Peransang Selangor Berhad dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad dengan melaksanakan Program Ransangan Kerjaya Siswazah Selangor (RKSS) dan kini dikenali sebagai Ransangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) bertujuan untuk membantu para siswazah dan rakyat Selangor yang masih belum mendapat pekerjaan dalam mempertingkat pengetahuan dan keupayaan diri mereka melalui penyediaan latihan sama ada dalam bentuk kemahiran umum (softskill) atau kemahiran-kemahiran

     

Lampiran

Tiada Lampiran.