Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

95) STRATEGI PERUMAHAN UNTUK RAKYAT

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sebelum ini kerajaan negeri Selangor mempunyai dasar pembangunan bercampur yang disyaratkan kepada semua pemaju bagi memenuhi keperluan rakyat seperti Rumah kos rendah (RM 42,000.00), Rumah Kos sederhana rendah (di bawah RM 100,000.00), Rumah Kos Sederhana (Di bawah RM 500,000.00) dan harga rumah bebas. Adakah dasar ini masih dikekalkan? Jika tidak apakah dasar perumahan baru kerajaan negeri bagi memenuhi keperluan rakyat pelbagai lapisan pendapatan.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri masih lagi mengekalkan Dasar Pembangunan Tanah di mana pembangunan yang melebihi 10 ekar dalam kawasan Lembah Klang dikenakan syarat pembinaan 20% Rumah Kos Rendah, 20% Rumah Kos Sederhana Rendah dan 10% Rumah Kos Sederhana. Bagi kawasan di Luar Lembah Klang pula dikenakan syarat pembinaan 20% Rumah Kos Rendah, 10% Rumah Kos Sederhana Rendah dan 10% Rumah Kos Sederhana. Untuk pembangunan yang kurang daripada 10 ekar (2 hingga kurang 10 ekar) pula, syarat penyediaan 30% rumah kos sederhana dikenakan bagi kawasan dalam Lembah Klang.

    Selain daripada penetapan komposisi pembangunan perumahan tersebut, harga jualan maksimum terhadap rumah mampu milik turut ditetapkan. Harga jualan rumah mampu milik tersebut ditetapkan pada harga seperti berikut:

    Kawasan   Jenis Bangunan   Harga (RM)
    Dalam kawasan Majlis Perbandaran (Lembah

    Klang)

    20% rumah kos rendah 42,000.00
    20%           rumah          kos

    sederhana rendah

    72,000.00
    10%           rumah          kos

    sederhana

    100,000.00
    Lain-lain jenis bangunan kediaman Bebas
    Dalam          kawasan           Majlis Daerah 20% rumah kos rendah 35,000.00
    20%           rumah          kos

    sederhana rendah

    60,000.00
    10%           rumah          kos

    sederhana

    85,000.00
    Lain-lain jenis bangunan kediaman Bebas
    Luar kawasan Majlis Daerah / Majlis

    Perbandaran

    20% rumah kos rendah 30,000.00
    10%           rumah          kos

    sederhana rendah

    50,000.00
    10%           rumah          kos

    sederhana

    70,000.00
    Lain-lain jenis bangunan kediaman Bebas

    Selain daripada itu, bermula tahun 2010 Kerajaan Negeri juga mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Rumah Mampu Milik Selangor Konsep Baru dengan reka bentuk baru yang lebih mampan dan kondusif sebagai salah satu pilihan kepada pemaju untuk meneruskan penyediaan perumahan yang mampu milik khususnya kawasan-kawasan yang didapati kurangnya atau melebihi permintaan terhadap rumah kos rendah. Melalui cara ini sekurangkurangnya Kerajaan Negeri dapat memperbanyakkan penyediaan rumah di bawah harga RM200,000.00 yang mampu dibeli.

Lampiran

Tiada Lampiran.